Friday, 15 August 2014

loghat terengganu

malam ni almond nok share pasal loghat tranung kite. hee. malam? 2.16 am doh la.. 

loghat tranung almond rse paling unik kot. orang lain dok faham. jarang-jarang je faham. tapi orang tranung ni faham orang kiil cakap.

dok-bukan
se - satu
duwe - dua
tige... - tiga
pak - empat
lime - lima
nang - enam
tujoh - tujuh
lapang - lapan
smilang - sembilang
spuloh - sepuluh
pisa - pisau
kukorang - alat kukur kelapa
sik minyok-nasi minyak
sik agang - nasi dagang
payyang - tempayan
Senyung Sokmo - Senyum Selalu
maghi sokmo - datang selalu
manih leting - sangat manis
masang rebang - sangat masam
pahik lepang - sangat pahit
gi selalu - pergi sekarang
dok dang starang - betul-betul tak sempat
sapok jauh - sangat jauh
panah so oh - panas (bahang matahari)
panah sang - terasa sangat panas (marah)
panah ketik - sangat panas (api)
panah ketik/panah dering - sangat panas (api/cahaya matahari)
sejuk siyat/sejuk ketto - sangat sejuk
'gugha bewok - bergurau yang melampau (boleh menyebabkan pergaduhan)
comel lote - sangat comel
putih slepput - sangat putih
itang legang/itang bletung - sangat hitam
punoh jahanang/ punoh ranoh - rosak teruk
kelecak baghak - terpelanting
nipih nayyang - sangat nipis
sekat neting - sangat singkat (kain)
sepoh woh - sangat bersepah
guaner gamok? - Apa kahabar?
guaner balah? - macam mana?/apa cerita?
tak dok guaner - tak ada apa-apa
tak mboh eh - tak nak lah
nawok - tipu
pelawok - tipu
nakok pahik - sangat penakut
kona lepe - corner baring
taik ayang muna - tahi ayam cair (warna coklat)
gateh/gohek - kayuh basikal
seghabuk perok - stress/tension
busuk bango/busuk kohong - sangat busuk (bau)
Mak Nga - cuai
babei - degil
belebe beghong - membebel (kuat membebel)
plastik ghokghak/jabir/ghajuk - plastik
ranggoh/kedaghoh - makan dengan gelojoh
jereba - terkam
kellong/plekong - baling (contohnya baling batu)
Hungga - menerpa
Nellah pale bau - gelecet/kerkopak kulit kepala bahu
maha ge bedil - mahal sangat
takdok aghoh - habis ikhtiar
mamoh - kunyah
khekoh - gigit
buleh pekdoh - dapat padah
seppoh woh - bersepah-sepah
puah - boring
puah sang - keboringan
kekgi - kejap lagi
bedo'oh - lebih-lebih
bodo do'oh lalu - sangat bodoh
kehek - keluarkan semula dari mulut gemok
debbo' - sangat gemuk
dok rok meppeh - sangat2 tak larat
dok rok cettong - tak bo leh diharap
kepeh blepeng - sangat kempis
lapo perot - lapar (kata berangkai2, bila lapar, mesti selepasnya kena ada perut)
ngatok mate - mengantuk
bahang rambang - mengarut (contohnya buat kerja tak ikut prosidur/tak teratur)
takdok arroh - tak ada daya dah
awok-awok mung - kawan-kawan awak
puwok-puwok mung - kawan-kawan awak
sabboh doh - sesuai dah
dok sabboh -tak sesuai
besor jereguk - sangat besar
penoh nembok/penoh rumbu - sangat penuh sampai melimpah
kuruh kering - sangat kurus
kecok - korang tengok kalau org sakit sebelah kaki mcm mana dorg berjalan.. itu la dinamakan kecok
gege- bising (org klate pun panggil 'gege' gak)
suke glekek - ketawa yang teramat (menunjukkan sangat happy)
dulli mung - apa kau peduli
hok tule - yang sama
supe tule - sama
besor bapok - sangat besar
besor gong - sangat besar
kece' tuwek- sangat kecil
rengang lepong - sangat ringan
ketik nyyamok - digigit nyamuk
kkatok wong - maksudnya katak la..yang "wong" tu adalah bunyi katak...haha...
dok tau starang - tak tau langsung (starang tu perkataan menguatkan perkataan 'tak tau')
agah - sombong
biar soheh - biar betul/ biar confirm
soheh dok mung? - kamu pasti ke?/betul-betul ke?
ape ke jadoh mung ning - apa ke hal kamu ni
takdok pekdoh - tak ada guna dok
auu gok - tak tahu lah
auu - tak tahu
bape yya - berapa rial (berapa ringgit)
anguh lettong - sangat hangus (sampai hitam)
batal golek - bantal peluk yang panjang
anok branok - anak beranak
boloq woq - serabut (keadaan)
serabut perok - sangat serabut (perasaan)
bahang/tibang/godang - pukul ppuang - perempuan
jluwah - comot
culah - cuai
cekik - cubit
kutir - cubit yang menyakitkan (cubit halus)
cobek - cuil (contohnya cubit kuih sedikit)
iseng - gila
ikang aye - ikan tongkol
keloh - berkelah
tunggu tor - tunggu kejap
kupik/taik idong masing - kedekut
ngerek awek - bawa awek
lembek - tilam
atah lambo - atas beranda
atah retok - atas titi
meroh merang - sangat merah
musing ligak - berpusing2 dengan laju
musing ketang - berpusing (seolah-oleh pening)
ngoyang - meroyam
nyekik - menyampah
nyakik nyamang - jaga tepi kain
nye nyeh - mengejek (dalam bergurau)
nganjing - mengejek (lagi kasar dari nye nyeh)
nisang - gula melaka
skek - sikit
sejik - masjid
bala soh - surau
sekuk meri - biskut merrie
sorok - laci/drawer
tawo hebbe - sangat tawar
tohok - buang
pendek keto' - sangat pendek
se'eh perok - sangat kenyang
boyeh - buncit
senyak tuppah - senyap sunyi (tak ada bunyi langsung)
wak per pulok - sebab apa pula
tinggi sayuk - amat tinggi
beso jallo - sudah besar/dah dewasa (orang)
kecik tuwek/kecik tuek - sangat kecil
pucak lesi/pucak kesi - sangat pucat
bising bango - sangat bising
hudoh sepang ko' ong - sangat2 hodoh
tupol glebek - sangat tumpul
glebek nyeng - gatal (mcm mengada-ngada la)
gelak guguk - sangat gelap (tak nampak apa)
woh hulu - kueh bahulu
tubek - keluar
derak - keluar berjalan-jalan
keleik - balik
kelek wak lari - kendong bawa lari
beng ikang - van yang bawa ikan
kalang - pensil
ranggoh-makan dengan sungguh
berahi-suka sangat-sangat
selalu-sekarang
hijau naung-terlampau muda/tak masak
koyok nyor-kupas kelapa
kuruh kering-sangat kurus
lugar-perut kosong rasa sebu
nyakya-kesian
samah-50sen
ulorr-ular

لا اله الا الله ، محمد رسول الله

Lafaz tauhid dan lafaz selamat tinggal terbaik.
Kita selalu fikir masa depan, tapi kita lupa akan 'hari esok'. "..dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa sahaja yg telah dilakukan utk hari esok (akhirat).." - [al-Hasyr 59:18-19]
14 Ogos 2014

Al-Fatihah for a cousin of mine.

maut tidak mengenal usia.
dalam umur yang begitu muda telah diuji dengan pelbagai ujian
ALLAH hanya menguji hambaNya mengikut kemampuan.
besarnya dugaan,
beratnya cabaran,
menunjukkan betapa kuatnya kita dalam menghadapi kehidupan yang serba mencabar.
ALLAH lebih sayangkan dia.
semoga ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Thursday, 3 July 2014

K A W A N

Semua ada masalah pasal kawan. macam mustahil je sume kawan tu okay. bukanla nk cakap kawan tu tak baek. tapi, sebaik-baik mne pom kte, kte akan tetap buat kesalahan. manusia tidak lepas daripada melakukan kesalahan.
kadang-kadang kawan yang kita tak jangka akan tolong kita. kawan yang kita tak pernah rapat tu la yang akan dengar segala masalah kita. serapat mane pun kita dengan seseorang, mustahil tidak ada sebarang masalah.
jadi, hargailah apa yang ada kat depan mata. bersyukur dengan apa yang kita peroleh sekarang. jika ALLAH menguji kita dengan ujian, percayalah ALLAH uji kita dengan ujian sebab ALLAH tahu kita mampu menghadapinya.

Monday, 30 June 2014

NCDRC :)


23 JUN 2014
Doing assignment at NCDRC.
National Child Development Research Centre.
ttbe rasa bosan lepas bgun sahur.
tkot terlajak tdo.
hee. ni la akibat ble tdo tak ingat dunia.
hee.
sebab apa tak boleh tdo?
sebab ada kol 8pagi nanti kne g taska :)


Sunday, 29 June 2014

sayu menjelang Ramadhan




Mayat Muhamad Syafiq tersangkut di celah pengadang besi lebuh raya selepas tercampak dari motosikalnya.
KEMAMAN - “Dalam keadaan keluarga kami tak sabar untuk berpuasa, adik pula maut,” rintih Nabila Safie, 19, yang menggigil sebaik melihat mayat adiknya tersangkut di celah pengadang besi lebuh raya.
Adiknya terbabit dalam kemalangan ngeri yang turut mengorbankan seorang lagi penunggang motosikal, lewat petang kelmarin.
Nahas jam 6.05 petang di Kilometer 302.6 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) yang masih dalam pembinaan dekat Bandar Seri Bandi itu mengakibatkan adik Nabila, Muhamad Syafiq, 15, pelajar sebuah sekolah pondok dan buruh ladang sawit, Muhsan, 47, maut di lokasi kejadian.
Kemalangan dipercayai berlaku apabila kedua-dua mangsa yang menunggang motosikal dari arah bertentangan bertembung menyebabkan Mohamad Syafiq tercampak dan tersangkut di celah pengadang lebuh raya, sementara motosikal jenis Yamaha LC ditunggangnya terseret sejauh 29 meter.
Muhsan yang berasal dari Lombok, Indonesia pula tersembam ke atas jalan dan cedera parah di muka serta kepala.
Ketika kejadian, Muhsan baru pulang dari bekerja di Ladang Ketengah Jaya dan menghala ke arah Kuantan.
Dia gagal mengelak dari bertembung dengan Mohamad Syafiq yang menunggang motosikal dari arah bertentangan bersama beberapa rakan lain.
Kemalangan turut menyebabkan motosikal Honda Wave yang ditunggang mangsa rosak teruk dan beberapa komponen motosikalnya hancur.
Nabila berkata, adiknya, anak ketiga daripada lima beradik, keluar bersama rakan-rakannya jam 2.30 petang selepas solat Jumaat.
“Semasa dia keluar rumah dan bawa motosikal ayah, saya rasa tak sedap hati. Dada berdebar-debar, tapi saya tak sangka musibah menimpa Syafiq.
“Sejak tiga hari kebelakangan ini  dia gemar menyakat saya dan buatkan saya marah. Rupa-rupanya itulah gurauan akhir saya bersamanya,” katanya.
Nabila yang merupakan anak kedua berkata, adiknya belajar bidang Syariah di Madrasah As Sirotol Mustaqim (Pondok Al Mustaqim) Kampung Batu 4 dekat Binjai dan setiap minggu dia akan pulang ke rumah mereka di Kampung Bukit Takal untuk menghabiskan cuti hujung minggu.
Sementara itu, Penyelia Ladang Ketengah Rakyat, Mohd Azam Abdullah berkata, Muhsan bekerja dengan pihak ladangnya sejak sembilan tahun lalu dan seorang pekerja yang rajin.
“Mangsa sudah berkahwin dan mempunyai beberapa orang anak. Saya difahamkan sebelum kejadian, dia dalam perjalanan menuju ke rumah pekerja ladang. Memang setiap hari dia berulang-alik menggunakan laluan ini,” katanya.
Urusan penghantaran pulang jenazah mangsa ke Lombok akan diuruskan sepenuhnya pihak syarikat.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam mengesahkan kemalangan itu.
Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Kemaman untuk bedah siasat.

walaweh !

salah aku ke ?
klau aku salah, aku mintak maaf la.
mmg aku xde mood nak dengar cte hang
nk buat cmne..
klu aku dengar pom, wat serabut kpale aku je. 
aku nk hang tahu, bukan hang je yg ada masalah.
so faham-fahamla.
nk cte tgk mood org tu dulu.
cte pulak xde kaitan ngan diri aku. cte pasal diri dye. hahaha. mcm lawak je !

Wednesday, 25 June 2014

ujian yang menimpa menjadikan kita seorang yang kuat

ya Allah,
aku amat berharap aku dapat harungi cabaran dan halangan yang melintang
dugaan adalah rempah ratus dalam kehidupan
bila berjauhan dengan keluarga, dugaan paling besar ialah apabila bersahabat.
amat sedih bila tiada yang memahami,
amat sedih bila tiada yang mendampingi,
itulah yang dinamakan cabaran.
hidup ini terasa bosan apabila tidak dihujani pelbagai mehnah ujian.
ujian itulah yang mematangkan kita.
ambillah iktibar setiap ujian yang mendatang.
jangan takut apabila kita berseorangan,
nanti apabila tiba saat untuk meninggalkan dunia ini pun,
kita juga akan keseorangan.
tiada siapa yang akan menemani kecuali amalan-amalan dan kebaikan yang dilakukan di atas dunia yang sementara ini.

touching

orang luar sana tu.. kat sini saya nak cakap yang saya pun ad perasaan. jangan cakap ikut sedap mulut je. hati manusia ni lain-lain. walaupun saya berusaha nak tahan je, tapi as a normal human, saya xboleh nak tahan bila orang duk ngate kat saya.
mende dah nak terjadi. lagipun, orang yang kne pon xde pape. hang pulak nk lebih-lebih ap kes? and the most important thing, saya tak bersalah.
mulut senang je cakap. kalau la saya cakap macam tu, memang hang akan rasa mende sama la.
ermm.
hidup ini penuh dugaan,
walau teman serapat mana sekalipun, tidak mustahil mereka akan menikam kita dari belakang,
jangan mudah percayakan orang lain,
bukan semua cerita kita perlu bagitahu kt orang,
bukan semua masalah kita perlu kongsi,
kalau tidak mampu untuk menanggung sendirian,
carilah orang yang benar-benar boleh dipercayai,
jangan orang yang hanya ada pada ketika kita senang dan meninggalkan kita pada ketika kita susah,
itu dipanggil musuh dalam selimut.
orang yang hanya menumpang kesenangan.
beware with this type of person.

Tuesday, 24 June 2014

kenangan pahit.


21 Jun 2014

ceritanya bermula macam ni. 
kononla nk g survey hotel kat Tapah tu. 
lpas tu, nak g kuala kubu bharu.
pada mulanya, almond macam tak berapa larat. bukan dekat kot. dah la byk lori-lori kat situ. 
tapi, tak pela. almond ikot jela kawan almond nih. 
macam-macam terjadi.
bukan senang nak jalan kat tempat yang kte tak biasa. 
tp yang paling mengerikan ialah...
time nak blik tu, almond letak beg almond dalam raga motor tu. dah lipat-lipat. tp tak tahu cmne boleh terbang jatuh atas jalan. dahla kereta banyak. memangla kawan almond yang bawak mse tu. dye tak perasan pom. almond jerit la ada beg jatuh memandangkan moto yang ditunggangnya agak laju sampai tak dengar apa almond cakap. 
lepas tu, dye berentikan moto. almond trun nak amek beg tu. dye pulak cepat-cepat nak g amek naek moto. nak dijadikan cerita, moto tu jatuh atas dye. tergamam seketika. mungkin dye brek mengejut sebab tempat tu mcm berpasir dam berbatu. 
almond cuak gle-gle
tak boleh nk fikir waras da.
tapi, alhamdulillah. tak de apa-apa.
semuanya selamat.

sentap :(

ku agak kesentapan sedikit...
maklumla bukan selalu la almond ni buat bising-bising kat dalam bilik nih...
sekali buat udah terkena...
awakk ! sebelum ni saya tgh solat awak duk gelak kuat-kuat tu, x pe eh?
time saya buat bising, bukannya awak buat something yang boleh mengusutkan pom.
duk chat je kot.
boleh tenshen jgk erk???
aku pom bingung la. bengang nih. rse macam nak makan orang je nih..

Tuesday, 10 June 2014

setelah kau tiada

Tak sempat ku mengertiKau tunjukan arah saat ku tersesatBeri cahaya saat ku sendiri dalam gelapNamun waktu tak pernah rela menungguHingga akhirnya kau pun pergi
Terlambat ku sadari kau teramat berartiTerlambat tuk kembali dan tuk menantiKesempatan kedua yang tak kan mungkin pernah ada
Baru ku teringat kau hembuskan anginSaat ku bernafas siramkan air saat aku dalam kekeringanNamun tak pernah aku hiraukan semuanyaHingga kini pun kau tiada
Terlambat ku sadari kau teramat berartiTerlambat tuk kembali dan tuk menantiKesempatan kedua yang tak kan mungkin pernah ada
Biarkan ku hidup dalam penyesalan iniSampai nanti kau akan kembali
Terlambat ku sadari kau teramat berartiTerlambat tuk kembali dan tuk menantiKesempatan kedua yang tak kan mungkin pernah ada
Terlambat ku sadari kau teramat berartiTerlambat tuk kembali dan tuk menantiKesempatan kedua yang tak kan mungkin pernah ada
Yang tak kan mungkin pernah ada

demam :(

dah 2 3 ari almond demam. xde orang pom nak diri dye sakit. dah mkan ubat tp still lagi tak kebah. Allah yang menyembhkan sesuatu penyakit. almond redha. sakit itu dapat mnghapus dosa-dosa. almond jugak takkan menangis tanpa sebab. almond rasa sangat tak tahan. dengan sejuknya, tapi orang yang sihat ni just tgk n buat don't know je. yela. tak kne kat korang. memangla. badan almond rasa letih semacam je. petang ni datang pulak sakit kepala. doakan almond cepat sembuh.

Rindu untuk menaip :)

assalamualaikum.
dah hampir 2 minggu almond tak meng'update' belog nih.
baru 2 minggu tapi dah nampak keberhabukannya. haha.
ari ni, almond ada kelas matematik dan sains awal kanak-kanak.
prof. noor shah yang ajar. okayla buat masa nih.
first class ngan prof noor shah.

prof ada sebut pasal piaget's conservation task.
link kat bawah ni ada cte pasal konsep awal matematik.
awal matematik :)

almond ada jumpa video omputeh nih. dye buat kajian pasal konsep keabadian.
bahasa dye mudah difahami. soooo, jom kita enjoyy !
piaget's conservation task :)

Monday, 26 May 2014

pandangan kabur :(




seriously said, almond tak tahu arah tuju almond nih. orang lain pun belajar jugak. tapi konfem dapat kje. dengan kata lain, mse depan cerah la kalau nak dibandingkan ngan almond nih :(. 
yela. almond tak tahu n tak boleh nak predict mase depan almond. yang almond tahu, almond nak continue study je. bia la orag nak kate ap pom. almod bukan la orang serba serbi perfect. nak kate ap, kate la. 
almond memang xboleh nak lari. dalam hidup ni, kita akan diuji dengan pelbagai mehnah ujian. sabar. tapi, kadang-kadang, bila fikirkan masa depan, rase macam dah tak sanggup nak hadap lagi. pening. maklumla, sekarang ni banyak sangat persaingan.



BUKAN SEMUA CEMBURU PERLU DIBERITAHU.

sekarang ni, almond tengah pendam. seorang diri. rase macam nak meletup. tapi, cara terbaik, almond rase buat masa ni, menangis je. sabar itu separuh daripada iman. mulut orang memang tak boleh nak sekat. kita perlu tahan je. 
and kepada sesape yang mengenali almond, almond mintak maaf kalau ad salah dan silap.


hanya ALLAH yang maha mengetahui.
apa yang telah berlaku, apa yang sedang berlaku, apa yang akan berlaku.
ALLAH je yang tahu perasaan almond mase nih. 
maybe almond je yang melebih-lebih. 
tapi, perasaan almond memang tak boleh nak tahan.
bila perasaan tu hadir, almond tak tahu nak buat apa. 
ya ALLAH, kuatkanlah hatiku, berkatilah setiap langkahku, permudahkan segala urusanku, cekalkan hati aku, teguhkanlah imanku.

KITA HANYA MERANCANG, TUHAN YANG MENENTUKAN






Saturday, 24 May 2014

halatuju :)

assalamualaikum.
mase cuti ni, almond ad jugak la survey tempat untuk smbung degree. kat sini almond nak share ngan sobat sume.




sebenarnya, banyak lagi. tapi fail tu besar sangat.
jadi,sape-sape yang nak file pnuh, boleh request la ye. comment je kat bawah. nanti almond email serta-merta kat kalian. heee. inshaAllah.

Friday, 23 May 2014



sebenarnya, almond buat belog ni bukan untuk buat tutorial ke apa. tapi untuk kegunaan sendiri dan kongsi maklumat. tapi, kalau ada maklumat yang almond kongsi tu, belum tentu info tu sahih. tapi boleh dijadikan sebagai rujukan.

sape-sape yang jumpa belog nih, follow la erk. nanti almond akan follow balik. almond akan jalan-jalan kat belog uolls. hee. *tergedik*


almond ni mesra pengguna. jangan risau. bukan cannibal. hee. kalau ada masalah boleh la share. almond boleh jadi pendengar yang setia :)





Thursday, 22 May 2014



Tepat jam 7.05 malam.
Akhirnya agak berpuas hati dengan hasil sendiri. Hee. Sangat simple. Yela. Kita bukang tahu sangat gane nak wat belog nih. hoho.

Ni la hasilnya....
jengggjengggjenggg....





Hari ni, saya still lg cari tutorial nk 'comelkan' belog. Maklumla orang xde kerja. Cuti 2 bulan lebih ni, saya duk rumah je. Makan, tido. Makan, tido. Ada sesetengah orang tu, amnek upah tuk design belog. Kalau la saya berbakat dalam membuat 'coding' nih, inshaAllah saya akan buat jugak. buat untuk design belog saya ni la. Hee. Nih quote yang saya jumpa kat facebook.


Manusia tidak sempurna. Kita sering mengharapkan untuk menjadi yang lain. Sedangkan kita tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. 
Apa yang kita dapat itulah yang terbaik kerana Allah Maha Mengetahui.
Dia juga merupakan sebaik-baik perancangan. 
Apa yang kita impikan tidak semestinya baik untuk kita.
Mungkin apa yang kita ada sekarang boleh mendatangkan sesuatu yang tidak pernah kita jangka.
Bersederhanalah dalam kehidupan.
Bersyukur dengan apa yang kita ada. 
Hargailah nikmat yang diberikan dengan sebaik mungkin.

Wednesday, 21 May 2014


21 Mei 1994.
Genap 20 tahun saya diberi peluang untuk bernafas di bumi yang bertuah ini.
Hari ini, 21 Mei 2014.
Terasa pantas masa berlalu.
Sekarang sedang menuntut di UPSI.
Setelah 5 tahun menuntut ilmu di MRSM Kuala Terengganu.
SELAMAT HARI JADI, ALMOND !
㋛   
Hai. Assalamualaikum. Hee. Selamat petang. Saya ni sedang belajar untuk ber'blog. Saya tahu basic-basic je. Jadi, blog ni maybe takkan jadi secomel blog orang lain. Jeles kita tengok blog yang comel-comel ni...tapi tak tahu nak buat. Haaa. Padahal banyak je tutorial. Hihi. Kalau ikut satu-satu, memang jadi. Maybe ad sesetengah je yang ter'miss' step. Kalau saya rajin la kan, saya nak comelkan lagi blog nih. Tapi buat masa ni, saya rasa agak malas sikit nak nonton tutorial. Mungkin akan tiba satu saat nanti *haha. Macam ingin berdrama pulak*

First of all, let me introduce myself. Hee.I'm from Terengganu. Tempat yang femes dengan kepok lekor. kalu mari jalang kat tranung nih, contact la saya ni. 


Kalu nok tahu, ambe ni anok jati tranung. Leni je ambe blajo jauh sikit. Kalu nok blajo cakak tranung pun buleh. 
sekian saja coretan saya. nanti kita sambung lagi.